Kumpulan Cerita Motivasi: BERFIKIR

Halaman

Minggu, 05 Agustus 2012

BERFIKIR



     Pada hakikatnya kita senantiasa berfikir. Setiap sewaktu bekerja kita senantiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir mengenai cara meningkatkan prestasi kerja. Kita berfikir mengenai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
       Selepas itu, kita berfikir pula mengenai cara mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula mengenai cara menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti dari berfikir.
     Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila berhadapan dengan masalah, misalnya ketika ditimpa musibah, ketika kesempitan uang, ketika sakit atau ketika kita hadapi kegagalan..
     Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang
dilakukan.
*****
     Dalam banyak waktu kita habiskan untuk berfikir seberapa banyak ada dalam fikiran kita mengenai hubungan kita dengan Pencipta? Bagaimana prestasi iman kita? Bagaimana jalan hidup yang sudah dan sedang serta yang akan kita lalui,adakah mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta?
      Seberapa sering berfikir untuk 'menyimak' batin kita,adakah di dalamnya jernih laksana titisan embun atau lakaran hitam yang kelabu dan berdebu dengan dosa? Bagaimana sholat kita, puasa kita, anak­ anak kita, suami atau isteri kita, sudahkah jelas kefahaman hamba Allah?
    Sudahkah tujuan kita selaras dengan kehendak Pencipta? Sudah layakkah kita memegang 'gelaran' khalifah Allah yang mempunyai tugas besar sebagai agen perubahan dalam masyarakat?


Tidak ada komentar:

Posting Komentar